Ivan Rakitic menganggap rakan senegaranya, Luka Modric, adalah pemain terbaik dunia dan perlu diiktiraf dengan kejayaan seperti memenangi Ballon d'Or.
Modric merupakan inspirasi di sebalik perjalanan Croatia mara ke final Piala Dunia Russia, dengan bergandingan bersama Rakitic dalam tujuh perlawanan saingan edisi kali ini.
Bintang Real Madrid itu memenangi Bola Emas dan dengan bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo, berhijrah ke Juventus, Rakitic percaya Modric bukan hanya cemerlang dalam LaLiga tetapi yang terbaik di dunia.
"Modric adalah pemain terbaik dunia tahun ini dan kami sangat berbangga dengannya," kata Rakitic.
"Saya berharap dia akan memenangi Ballon d'Or kerana dia berhak menerimanya.
"Terdapat pihak yang cemburu di atas pencapaiannya tetapi saya sangat gembira jika dia berjaya memenanginya."
Modric turut memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA 2017-18 selepas membantu Real menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut di samping berada dalam kelompok tiga terbaik untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA bersama-sama Ronaldo dan Mohamed Salah.
Rakitic turut dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan Nou Camp, dengan laporan menyatakan Paris Saint-Germain (PSG) berminat mendapatkan khidmatnya.
Tetapi pemain berusia 30 tahun itu gembira untuk kekal bersama skuad kendalian Ernesto Valverde itu.
"Saya dan keluarga gembira untuk menjadi sebahagian kelab ini. Saya menerima banyak tawaran tetapi tiada yang mampu mengatasi apa yang diraih bersama kelab ini."