BARCELONA 2 NAPOLI 1
Ivan Rakitic menjaringkan gol kemenangan untuk juara LaLiga, Barcelona, menewaskan Napoli 2-1 dalam aksi persahabatan di Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Selepas kegagalan Arkadiusz Milik menyempurnakan peluang buat Napoli, pemain tengah Barca, Rakitic, menemui sasaran pada minit ke-79 menerusi separa voli kencang di Miami Gardens.
Barca -- yang akan bertemu Napoli sekali lagi di Michigan hujung minggu ini -- memperoleh gol pembukaan menerusi Sergio Busquets sebelum gol sendiri Samuel Umtiti memadamkan kelebihan itu pada tiga minit terakhir babak pertama.
Barca turun tanpa Lionel Messi ekoran ketegangan otot betis, namun Antoine Griezmann, Luis Suarez, Rakitic, Umtiti dan Busquets berada dalam kesebelasan utama manakala Junior Firpo -- yang tiba daripada Real Betis minggu ini -- melakukan penampilan pertamanya.
Napoli pula membariskan Lorenzo Insigne, Dries Mertens dan Jose Callejon dalam kesebelasan awal selain pemain baru, Kostas Manolas dan Eljif Elmas, turut berada dalam senarai itu.
Insigne, Mertens dan Callejon menjana serangan bertali arus dalam babak pertama dan Barca bernasib baik apabila lawan itu tidak memperoleh jaringan awal.
Dengan gaya hantaran singkat, Napoli beberapa kali mengeksploitasi kelemahan pertahanan Barca, namun percubaan Insigne dan Mertens dikecewakan penjaga gol, Neto.
Disebalik memaparkan aksi terpuji, gawang Napoli dibocori pada minit ke-38 apabila Busquets memperoleh ruang selesa sebelum menemui jaringan di 'far post'.
Bagaimanapun, kelebihan Barca hanya bertahan selama empat minit apabila Callejon meloloskan diri ke dalam kawasan penalti lawan untuk melakukan rembatan yang terbias ke badan Umtiti sebelum menerjah jaring.
Selepas Barca bergelut di bahagian pertahanan dalam babak pertama, Napoli juga berdepan masalah serupa dalam babak berikutnya.
Penjaga gol Napoli, Alex Meret, terpaksa bekerja keras untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi, terutama ketika menafikan percubaan pemain gantian, Abel Ruiz, pada awal babak kedua.
Beberapa kesilapan mula dilakukan Napoli dan pemain gantian Barca, Ousmane Dembele, hampir meletakkan pasukannya di depan, namun percubaan jarak jauhnya pada 22 minit terakhir perlawanan sekadar menggegar palang.
Di sisi bertentang padang, Neto terpaksa menerbangkan badannya untuk menafikan percubaan Milik daripada sepakan sudut, namun gerakan susulan daripada penyerang yang tidak dikawal itu sekadar melepasi palang gol.
Kegagalan itu mengundang padah apabila Rakitic merembat kencang bola yang melepasi kawalan Meret pada 11 minit terakhir perlawanan.