Muncul selaku penjaring terbanyak Liga Super, Rufino Segovia, lega saingan musim ini ditamatkan dengan pencapaian terbaik peribadi tetapi terkilan pencapaian berpasukan tidak seperti yang diharapkan.
Perebutan Kasut Emas musim 2018 tampak sengit apabila pencabar utama Segovia, Kipre Tchetche, turut mengekori rapat di belakang menerusi perbezaan satu jaringan sahaja.
Aksi terakhir pada Ahad lalu mengesahkan status penjaring terbanyak menjadi milik penyerang kelahiran Sepanyol tersebut menerusi 19 gol dalam saingan Liga Super dan secara keseluruhan musim ini menggegar gawang sebanyak 28 kali.
"Saya terkilan tidak dapat membantu meraih trofi lagi musim ini.
"Rakan sepasukan membantu saya mencapai angka jaringan ini.
"Mereka mencipta peluang untuk saya sekurang-kurangnya hanya perlu mengatasi seorang pertahanan sahaja ketika menjaringkan gol," katanya.
Ramai yang berpendapat ia hasil daripada kepakaran individu, sebaliknya Segovia menegaskan ia tidak akan berhasil tanpa bantuan rakan sepasukan.
"Kita boleh lihat dalam tiga aksi terakhir, kami bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan untuk menguasai bola.
"Kami mencipta banyak peluang manakala saya menyudahkan peluang.
"Saya masih berasa seronok untuk bermain bersama pasukan ini," katanya.