PKNS FC memberi amaran awal kepada pencabar dalam siangan Piala Malaysia apabila meraih kemenangan selesa 5-2 ke atas PDRM FA dalam aksi sulung Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Walaupun dihantui krisis kecederaan, skuad Semut Merah itu masih mampu menurunkan barisan yang ampuh untuk berdepan PDRM yang mahu mencipta kejutan di pentas Piala Malaysia.
Gol sulung PKNS hadir pada minit ke-26 sebaik pengadil menganugerahkan sepakan penalti ekoran Rafael Ramazotti dijatuhkan penjaga gol, Sheril Anuar Saini, dan peluang itu disudahkan oleh Romel Oswaldo Morales.
Tuan rumah memastikan kedudukan terikat 1-1 sebelum babak pertama berakhir melalui Petrisor Voinea yang menyudahkan umpanan Argzim Redzovic.
Semangat The Cops untuk mendahului permainan tersentak hanya dua minit separuh masa kedua bermula yang berpunca daripada situasi kelam-kabut di depan gol apabila tandukan Faris Ramli mengenai tiang sebelum dimanfaatkan Daniel Ting.
Kedudukan PKNS kian kukuh melalui dua lagi jaringan yang hadir menerusi ledakan Faris pada minit ke-63 manakala kesilapan Sheril Anuar pada minit ke-74 dihukum Ramazotti yang mudah menolak masuk bola ke dalam pintu gol yang sudah terhidang.
Pemain gantian, Baqiuddin Shamsudin, merapatkan jurang empat minit kemudian, namun Safee Sali menutup ruang kebangkitan buat tuan rumah dengan memperagakan kemahiran individu menarik bagi kemenangan mutlak 5-2 skuad dari Lembah Klang itu.
"Inilah bola sepak. Kami tidak dapat mengelak daripada senario ini.
"Kami mempunyai beberapa peluang yang baik dan hampir sama banyak dengan pihak lawan.
"Namun, PKNS menyudahkan peluang dengan jurang gol yang begitu besar," kata pemangku ketua jurulatih PDRM, Mohd. Fauzi Pilus.
Meskipun menang besar, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, menegur sikap anak buahnya di atas padang dengan berkata: "Saya tidak begitu berpuas hati.
"Apabila kami mendahului 4-1, kami dibolosi gol kedua.
"Ini tidak sepatutnya berlaku."