Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal puas hati satu mata

img_20190407_231249.jpg
Seperti ada motivasi diri istimewa bila bertemu Perak.

Begitu kata jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, mengenai persembahan bertenaga anak buahnya apabila bertemu Perak sejak dua tiga musim kebelakangan.

"Saya tidak tahu kenapa tetapi pemain beraksi baik setiap kali bertemu Perak. Macam ada motivasi istimewa," katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Perak malam tadi, skuad Semut Merah itu berjaya menyaingi anak buah Mehmet Durakovic.

Malah, PKNS berjaya mendahului tuan rumah melalui jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-22 untuk memaksa Perak datang dari belakang .

Walaupun ketinggalan 2-1 selepas itu, anak buah Rajagobal itu tidak menyerah mudah dan bangkit untuk menafikan kemenangan Perak.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Kami juga mampu menang tetapi malangnya peluang diperoleh gagal disempurnakan.

"Bukan mudah untuk bermain dengan Perak di Ipoh. Jadi, saya gembira kami berjaya pulang dengan satu mata, " tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video