Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal: PKNS pamer rentak longlai

kuala-lumpur-pkns-2019-kpah-sherman-indra-putra.jpg
Kuala Lumpur meraih tiga mata berharga selepas menewaskan PKNS FC 2-1 untuk memastikan kemenangan ketiga Liga Super mereka di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. 

Beraksi di laman sendiri, Kuala Lumpur mengharapkan tuah menyebelahi mereka walaupun kelebihan nyata memihak PKNS.

Ia menjadi kenyataan apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu mencetak jaringan seawal minit kelima menerusi Romel Ramirez.

Skuad Kuala Lumpur, bagaimanapun, patut diberikan pujian ekoran tidak mudah berputus asa.

Indra Putra Mahayuddin tenang untuk merakamkan jaringan penyamaan pada minit ke-28 sementara PKNS terus berusaha untuk menjarakkan kedudukan dalam babak berikutnya, namun banyak percubaan mereka gagal menepati sasaran.

Azmi Muslim sebaliknya muncul wira Kuala Lumpur dengan ledakan gol kemenangan pada minit ke-57. 

"Dengan cara kebangkitan dan corak permainan yang dipamerkan pemain, saya tiada rungutan terhadap komitmen yang ditonjolkan mereka," kata jurulatih The City Boys, Chong Yee Fatt.

Ulas Rajagobal pula: "Kalau kami memanfaatkan peluang yang ada, saya fikir perlawanan akan memihak kepada PKNS. 

"Tetapi permainan kami semakin tidak bertenaga, hantaran juga tidak kemas dan keamatan dalam kalangan pemain juga tiada."

Advertisement

Must Watch Video