Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal: PKNS layak kalah

rajagobal.jpg
"PKNS memang layak kalah," itu reaksi jurulatih, Datuk K. Rajagobal, yang hampa dengan keputusan yang dilakar anak buahnya selepas tewas 2-1 kepada Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super, semalam.

Bertandang ke Stadium Kuala Lumpur, Rajagobal tidak menafikan berharap untuk meraih mata penuh dengan merujuk kepada kelebihan ketara yang dimiliki barisannya ketika ini.

Malangnya, ia tidak berlaku seperti yang diharapkan.

PKNS membuka jaringan pada minit kelima menerusi Romel Morales sebelum Kuala Lumpur bangkit dengan dua jaringan yang dicetak oleh Indra Putra Mahayuddin dan Azmi Muslim.

"Kami bergelut ketika melakukan serangan dan lawan menggunakan setiap peluang untuk menjaringkan gol," kata Rajagobal.

Advertisement

Must Watch Video