Ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, tidak mahu anak buahnya terlalu memikirkan kelebihan jaringan Kedah dengan menegaskan pemainnya perlu mencari jaringan awal dalam suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam esok.
Kedah membawa kelebihan tiga jaringan di laman lawan selepas menewaskan PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam, minggu lalu.
Bagaimanapun, Rajagobal menegaskan peluang PKNS FC masih terbuka dengan syarat skuad The Red Ants itu perlu mencari jaringan awal di Alor Setar.
"Kami memerlukan keyakinan.
"Jika kami dapat menjaringkan satu gol, situasi itu boleh berubah.
"Kami akan bertandang ke sana dengan keyakinan, itu sahaja.
"Kami tidak ada apa-apa tekanan untuk mengekalkan kelebihan kerana kami tahu kami sedang ketinggalan.
"Hanya Kedah yang akan berdepan tekanan itu," katanya.
Bagi Rajagobal, Kedah akan lebih tertekan untuk mencari kemenangan dan dia mahu situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesebelasan utama pasukannya.
PKNS berlepas ke Alor Setar, hari ini dengan hasrat besar untuk mengubah kelebihan semasa biarpun akan beraksi di laman keramat skuad Hijau Kuning itu.
"Secara keseluruhannya, kami dibolosi hasil kelekaan dan kesilapan individu.
"Saya berharap kami akan mengubahnya bermula dengan fokus dan keamatan yang baik dalam perlawanan itu," tambahnya.