Bekas jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal, menganggap kekuatan mental adalah satu-satunya petua terbaik untuk skuad bawah 23 tahun negara jadikan sebagai bekalan utama sebelum berlepas ke Jakarta bagi Sukan Asia 2018, bulan depan.
Tekanan daripada negara tuan rumah serta kelebihan berat sebelah yang mampu dicipta oleh skuad negara jiran itu merupakan perkara utama yang sudah dijangka skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.
Rajagobal merujuk kepada pengalamannya bersama pasukan negara ketika Sukan Asia Guangzhou pada 2010 yang menyaksikan keputusan kontroversi pengadil perlawanan kelahiran Australia, Ben William, hingga mendapat perhatian media antarabangsa.
Layangan tiga kad merah melibatkan pemain negara ketika aksi peringkat kumpulan menentang tuan rumah, China, ketika itu benar-benar menguji ketahanan mental pemain negara.
"Apabila beraksi, bermainlah dengan penuh keyakinan. Usah berfikir tentang kita bertandang bertemu pasukan tuan rumah.
"Walaupun kami berdepan China selaku tuan rumah pada ketika itu dan situasi itu berbeza setelah kami kehilangan khidmat tiga orang pemain akibat layangan kad merah, pemain-pemain negara tetap beraksi dengan baik," katanya.
Hal yang sama juga mampu berlaku kepada skuad negara dalam Sukan Asia Jakarta, merujuk kepada pelbagai sentimen yang sering timbul melibatkan kedua-dua negara berjiran itu.
Namun, hal itu langsung tidak menghalang hasrat Rajagobal untuk melihat kehebatan skuad B-23 di atas padang, malah pencapaian terbaik negara dengan muncul selaku 16 pasukan terbaik Asia pada 2010 diharap mampu diperbaiki dalam saingan sama, tahun ini.
"Mungkin Malaysia mampu melangkah jauh. Itu yang diharapkan. Kali ini, Malaysia mempertaruhkan pemain yang berbeza."