Jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, mengakui semakin tertekan dengan situasi semasa apabila gagal meraih sebarang mata yang menyaksikan PKNS hanya dibezakan enam mata dari zon penyingkiran.
Beliau kecewa dengan kegagalan barisannya di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Hasrat untuk memburu mata penuh tidak kesampaian, malah Semut Merah ketika ini dihimpit di kedudukan kelapan yang boleh menggugat misi meraih tiket Piala Malaysia.
Kedudukan liga menyaksikan PKNS turut berisiko turun ke zon penyingkiran sekiranya mereka terus hanyut dalam baki tiga perlawanan.
"Pasukan seperti Kuala Lumpur dan PKNP FC antara lima pasukan yang sedang berjuang untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.
"Kami hanya perlu berfikir secara positif dan berikan usaha yang lebih dalam baki tiga perlawanan liga ini," kata Rajagobal.
Dalam pada itu, kejayaan skuad Terengganu mencetak kemenangan ke atas kelab Lembah Klang itu selepas kali terakhir melakukannya pada 2014 benar-benar melegakan pengendalinya, Nafuzi Zain.
Berada di kedudukan keenam Liga Super ketika ini, Terengganu menyasarkan kedudukan tiga terbaik dengan syarat mata penuh dikutip dalam baki aksi.
"Kami sedar rekod tidak memihak kepada kami di sini.
"Saya hanya meniupkan motivasi dan keyakinan kepada pemain dengan berpesan, 'rekod boleh dipecahkan kalau kita yakin dengan kemampuan diri sendiri dan bermain dengan tanpa rasa takut'," kata jurulatih sementara itu.