LIGA SUPER MSIA
Rajagobal enggan panik kehilangan tonggak utama
PKNS FC terpaksa mengubah pelan di bahagian pertahanan berikutan kehilangan Qayyum Marjoni Sabil, Arif Farhan Isa dan Shahrom Kalam kerana penggantungan dan masalah kecergasan selain Faizat Ghazli yang tidak dapat diturunkan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam ini.
PKNS masih di tahap prestasi terbaik mereka tetapi ketiadaan empat pemain tersebut membuatkan jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal, pening kepala.
Pengendali berpengalaman itu mengakui terpaksa membuat perubahan pada saat-saat akhir sambil mengharapkan mana-mana pemain yang diberikan peluang perlu cemerlang di padang.
Iklan
"Kami tidak dapat menurunkan beberapa pemain akibat kecederaan dan masalah kesihatan.
"Tetapi, saya masih mempunyai pilihan pemain yang boleh diturunkan," katanya.
Dengan situasi Semut Merah ketika ini, Rajagobal mengakui skuadnya akan berhadapan kesukaran memandangkan Perak amat memerlukan tiga mata.
"Kalau boleh, saya gesa pemain supaya kekalkan keyakinan dan momentum kerana kami sedar Perak ingin keputusan positif pada malam ini," tambahnya.
Rajagobal menegaskan beberapa nama yang diberi peluang mampu mencipta kejutan selain menganggap kemunculan PKNS di Ipoh lebih segar.
Must-Watch Video