Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal enggan beri muka kepada Perak

rajagoba;.jpg
Jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, mahu Perak terus kempunan tiga mata penuh dengan menegaskan PKNS perlu meraih kemenangan di laman sendiri dalam saingan Liga Super, malam ini.

Rajagobal menegaskan anak buahnya perlu memastikan mereka tidak kerugian mata di Stadium Shah Alam.

Walaupun menyedari Perak begitu terdesak mencari kemenangan, PKNS tidak boleh tunduk dengan kehendak skuad Mehmet Durakovic itu.

Dalam masa sama, Rajagobal dan barisannya perlu berhati-hati dengan kemungkinan kesukaran yang bakal dilancarkan skuad Perak, malam ini.

"Setiap pemain menyedari pertembungan dengan Perak adalah satu perlawanan yang sengit tetapi kami meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan," katanya.

Perak kehilangan sentuhan Qayyum Marjoni Sabil yang mengalami masalah kesihatan selain K. Gurusamy yang berhadapan dengan hukuman penggantungan.

"Kami memiliki beberapa pemain yang tidak berada di tahap terbaik, pemain sedia ada akan diturunkan mengisi kesebelasan utama untuk perlawanan malam ini," kata Rajagobal lagi.

PKNS berada di tangga kelima Liga Super, berkongsi 15 mata dengan Melaka dan Terengganu selain hanya dibezakan satu mata dengan Kedah yang berada di tangga keempat.

Advertisement

Must Watch Video