Sesuatu yang istimewa buat insan bernama Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengurus paskan Perak.
Raja Ahmad Zainuddin, 60, dijemput menghadap Ilahi pada 14 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan hari Jumaat 9 Jun pada jam 8.45 pagi.
Berita yang tidak disangka-sangka.
Bagi penulis, pesanan whatsapp yang diterima pagi semalam begitu mengejutkan. Sah ke? Terkedu memikirkannya. Sukar dipercayai kerana baru bulan lalu, saya duduk semeja bersama Allahyarham dan beberapa lagi rakan media membicarakan persembahan The Bos Gaurus.
Penulis bertugas di Perak bukan pada era Raja Ahmad. Berbagai persoalan di kepala timbul. Bagaimana orangnya? Karakternya? Sudikah nanti melayan soalan pelbagai rakan media, hendak pula menyentuh mengenai bola sepak negeri!
Jelas, sampai sahaja di kafe Ipoh Club House penulis disapa mesra oleh Allahyarham.
"Assalamualaikum. Duduk, rilek dulu. Dah makan? Nak makan apa? Kueytiau kat sini sedap. Cuba la."
"Apa-apa jer Datuk." Malu jugak penulis sebab tujuan datang nak menemuramah beliau. Jadi petang itu makan kueytiau percuma selain mendengar Allahyarham berbicara mengenai kehidupannya.
Reaksi spontan dan bersahaja sebegini secara tidak langsung memesrakan penulis dan rakan media yang lain. Ini sesuatu yang tidak disangka datang daripada insan yang bernama Raja Ahmad.
"Saya dah pencen, cuma saya peminat bola sepak negeri," itu pembuka bicara Allahyarham.
Cukup profesional. Setiap soalan yang diajukan, dijawab bukan sebagai bekas pengurus tetapi lebih kepada peminat bola sepak negeri Perak.
Dalam wawancara itu, Raja Ahmad bersuara: "Saya kecewa. Saya warga Perak, rakyat Perak. Siapa yang tidak akan kecewa jika hanya tujuh mata dikutip dalam tujuh perlawanan."
"Tinggal lagi 10 perlawanan. Oleh itu, cepat baiki prestasi. Kembalikan keyakinan saya dan peminat anda.
"Sebagai rakyat Perak, saya ada hak untuk bersuara demi bola sepak negeri," itulah sebahagian kata-kata semangat Allahyarham apabila menyentuh prestasi semasa Perak.
Perak berada di kemuncak ketika era Raja Ahmad. Muncul juara Piala Malaysia 1998 dan 2000 dan dilantik menjadi pengurus pasukan kebangsaan.
Ketika itu, penulis pasti ramai orang Perak yang tumpang bangga.
Malah, memetik kata-kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, "Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang politik, malah beliau antara tokoh dalam kepimpinan arena sukan bola sepak negeri dan negara".
Hebatnya arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.