Skip to main content

Bola Sepak

Raiola: Donnarumma patut tinggalkan Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gianluigidonnarumma-cropped_1ph11u2pam6gz1e8pt17hsu1ug.jpg
Ejen kepada Gianluigi Donnarumma, Mino Raiola, menyifatkan penjaga gol muda itu patut meninggalkan AC Milan ketika jendela perpindahan pada musim panas lalu.

Donnarumma dikaitkan dengan perpindahan keluar dari San Siro tahun lalu setelah menarik minat beberapa kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan Itali berusia 19 tahun itu telah bersetuju dengan perjanjian baru bersama skuad yang dikendalikan Vincenzo Montella ketika itu, menyaksikannya bakal kekal selama empat musim lagi.

Raiola, yang secara terbuka menunjukkan hubungan tegangnya dengan Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Marco Fassone, dan Pengarah Sukan, Massimiliano Mirabelli, terpaksa akur dengan keputusan Donnarumma walaupun berasakan pemain itu wajar berpindah.

"Donnarumma telah membuat keputusan untuk kekal bersama AC Milan dan saya menghormatinya," kata Raiola dalam satu temubual bersama RAI.

"Jika dia bertanya kepada saya untuk berpindah, dengan pantas saya akan menyelesaikannya kerana terdapat beberapa permintaan yang penting.

"Bagi saya, dia sepatutnya berpindah."

Donnarumma melakukan penamping sulung buat pasukan senior Milan ketika berusia 16 tahun tahun dan dia menyuarakan kegembiraannya untuk kekal di San Siro selepas mencapai aksi ke-100 buat pasukan.

Dia turut menjadi watak utama ketika membantu pasukan bimbingan Gennaro Gattuso itu melayakkan diri ke final Piala Itali semalam selepas menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Lazio untuk menang 5-4.

Advertisement

Must Watch Video