Skip to main content

Bola Sepak

Raikan gol adalah satu "kebiasaan" buat Welbeck

8517dannywelbeck.jpg
ARSENAL 2 MANCHESTER UNITED 0

Danny Welbeck menjelaskan ia merupakan satu "kebiasaan" untuknya meraikan jaringannya berdepan bekas pasukannya, Manchester United, ketika berusaha untuk membantu Arsenal menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).


Welbeck, peminat United sejak kecil dan merupakan pemain hasil daripada akademi kelab itu, berjaya menanduk masuk hantaran silang Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-57 selepas gol pembukaan yang dijaringkan oleh Granit Xhaka.

Ia merupakan gol kedua pemain berusia 26 tahun itu ke atas United -- gol pertamanya hadir ketika menyingkirkan The Red Devils daripada saingan Piala FA dua tahun lalu, ketika dia menolak untuk tidak meraikan gol ke atas bekas kelabnya.

"Saya membesar di sana dan ia merupakan tempat yang istimewa buat saya tetapi ketika kami beraksi di atas padang, saya memberikan tumpuan kepada kelab saya. Kemenangan ini adalah untuk pasukan," kata Welbeck.

"Selepas anda menjaringkan gol, anda perlu meraikannya, ia adalah kebiasaan buat saya."

Arsenal kekal di tangga keenam tetapi berpeluang untuk memintas United jika meraih kemenangan ketika berdepan Southampton pada Rabu.

"Ia merupakan tiga mata yang penting buat kami untuk memperbaiki kedudukan kami di dalam saingan liga."

Advertisement

Must Watch Video