Pemain kebangsaan Wales, Ethan Ampadu, telah menandatangani kontrak selama lima tahun untuk kekal bersama Chelsea.
Pemain berusia 18 tahun itu menyertai The Blues daripada Exeter City tahun lalu dan telah membuat tujuh penampilan bersama skuad senior.
Selesa bertindak sebagai pertahanan dan tengah, Ampadu telah beraksi bersama skuad utama Wales dan menawan hati pengurus pasukan, Ryan Giggs, selepas mereka merakamkan kemangan ke atas Ireland Republik 4-1 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal bulan ini.
"Saya sangat berbangga dan gembira," kata Ampadu.
"Saya tidak sabar untuk mengharungi saingan bersama Chelsea dan saya perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan lagi mutu permainan."
Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia, berkata, "Ampadu menunjukkan dia memiliki potensi dan kematangan di atas padang sejak tiba di Chelsea, tahun lalu.
"Dalam tempoh yang singkat, dia membuktikan kepada ramai pihak bahawa dia memiliki kualiti serta mentaliti yang baik dan kami mahu menyaksikan dia membentuk diri menjadi salah seorang tonggak utama Chelsea."