Skip to main content

Bola Sepak

Qaseh Rania mahu berjaya di VFL Wolfburg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qaseh-rania.jpg
Siuuuuuuuuuuuu! 

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, menjadi sumber inspirasi buat Qaseh Rania Khairul Najib untuk perjalanan baru dalam kariernya.

Qaseh Rania sah menyertai VFL Wolfburg selepas lulus sesi percubaan selama lima minggu dengan pasukan belia kelab Jerman itu tahun lalu.

Malah,. urusan berkaitan permit sudah selesai tatkala pemain berusia 15 tahun itu akan mengikat kontrak tiga tahun.

"Yang pertama, saya mahu kekal. Saya nak belajar, ada kerjaya di sana. 

"Saya harap boleh lekat dengan pasukan di sana," katanya di Nadi Arena.

Qaseh Rania muncul pemain wanita kedua negara beraksi bersama kelab bola sepak Jerman selepas Celine Chuang yang menyertai Bayern Munich pada 2020.

Hari ini, anak kedua daripada empat beradik itu diumumkan sebagai duta German Malaysian Institute (GMI) yang akan membantu persediaannya menerusi kelas bahasa Jerman.

 


"Fizikal, keputusan dan taktikal permainan mereka sangat berbeza berbanding kita di sini. 

"Itulah cabaran yang perlu dihadapi dan saya perlu sesuaikan diri di sana," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video