Skip to main content

Bola Sepak

Pusat latihan baru lonjak semangat Selangor

tengku-amir.jpg
Selangor meraikan perasmian pusat latihan baru serba moden sebagai bekalan semangat untuk mencetuskan keghairahan penyokong menjelang kempen Piala Malaysia, bulan depan.

Pasukan itu akhirnya memiliki sebuah pusat latihan yang boleh dibanggakan apabila ia dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Sudah pasti ia menjadi suntikan semangat yang dicari-cari pasukan itu sebelum bermulanya saingan Piala Malaysia.

The Red Giants akan berdepan Felda United, Melaka dan PDRM dalam saingan peringkat kumpulan.

Ketua jurulatih, B. Sathianathan, berasakan dengan kewujudan pusat latihan di SUK Selangor itu, tiada alasan  untuk pemain tidak mempamerkan prestasi sebenar dalam pemburuan kejuaraan ke-34 itu.

"Sekarang, saya boleh cakap dengan pemain-pemain dan barisan kejurulatihan bahawa kami hanya perlu menumpukan kepada latihan kami dan memberikan 100 peratus dalam Piala Malaysia.

"Pihak pengurusan sudah memberikan 100 peratus.

"Tiada isu gaji, tiada isu pusat latihan dan pemain tahu mana nak datang dan boleh berjumpa sesiapa yang mereka nak jumpa di pejabat.

"Mereka boleh berehat di sini dan tidak perlu fikir apa lagi selain menumpukan kepada latihan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video