Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pulisic syukur selepas aksi terakhir bersama Dortmund di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

christianpulisic-cropped_k7y12xipzsos19eepcox7ai5w.jpg
Christian Pulisic bersyukur tatkala pemain tengah itu mengucapkan terima kasih kepada Borussia Dortmund selepas aksi terakhirnya di Signal Iduna Park semalam.

Pulisic menandatangani kontrak bersama gergasi England, Chelsea, Januari lalu tetapi akan menyertai The Blues penghujung musim ini susulan dipinjamkan semula ke Dortmund.

Pemain Amerika Syarikat itu menyumbat satu gol dalam perlawanan terakhirnya di laman sendiri dalam kemenangan 3-2 ke atas Fortuna Dusseldorf yang membolehkan mereka melakukan perhitungan kejuaraan Bundesliga pada hari terakhir nanti.

Pulisic, 20, berbesar hati dapat memberikan aksi terbaik di depan penyokong pasukan yang disertainya itu  empat tahun lalu.

"Jelas sekali ia hari yang beremosi buat saya, berada di stadium ini buat kali terakhir," katanya.

"Saya sudah beraksi dalam banyak perlawanan di sini dan kini, rasa seperti baru semalam saya tiba sebagai seorang budak berusia 15 tahun.

"Untuk turun dan menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir di depan penyokong ini, tiada perasaan yang lebih menggembirakan."

"Maksud saya, semua penyokong ini, seluruh stadium, tidak akan saya lupakan. Tanpa mereka, saya tidak mampu kecapi apa yang dimiliki hari ini. Terima kasih untuk semua peluang yang diberikan."

Bayern Munich memiliki kelebihan dua mata menuju hari terakhir selepas terlepas peluang untuk mengesahkan kejuaraan susulan keputusan seri berdepan RB Leipzig.

Apabila Dortmund berkunjung ke Borussia Monchengladbach pada Sabtu depan, Bayern akan melayan kunjungan Eintracht Frankfurt dan Pulisic tetap masih menaruh harapan.

"Kami tidak akan berputus asa. Kami hanya mahu fikirkan perlawanan seterusnya dan menang. Itu sahaja yang boleh kami lakukan dan selebihnya bergantung kepada keputusan lain."

Advertisement

Must Watch Video