Skip to main content

Bola Sepak

Pulisic kecewa kurang waktu beraksi

pulisic-cropped_694ms6u4udwh1vp5col7g2zqk.jpg
Christian Pulisic mengakui dia sangat kecewa ekoran kurang mendapat tempoh beraksi di bawah kendalian Frank Lampard bersama Chelsea.

Pulisic, 21, sekadar memanaskan bangku simpanan ketika The Blues menewaskan Brighton and Hove Albion 2-0, semalam.

Dia berpindah ke Chelsea daripada naib juara Bundesliga, Borussia Dortmund, ketika musim panas lalu menerusi yuran GBP58 juta (RM298 juta).

Bagaimanapun, pemain Amerika Syarikat itu hanya tampil sekali dalam lima perlawanan terakhir sewaktu menundukkan Grimsby Town 7-1 dalam saingan Piala EFL.

"Ya, sudah tentu ia sangat mengecewakan tetapi saya akan terus bekerja keras kerana saya mahu bermain," katanya.

Ditanya sama ada dia menerima nasihat daripada Lampard, Pulisic menambah: "Tidak begitu banyak.

"Dia memberitahu agar saya terus bekerja keras dan saya perlu meningkatkan prestasi ketika latihan untuk kembali ke dalam kesebelasan utama.

"Ia tidak akan jadi mudah di sini tetapi segalanya sudah tentu bukan senang."

Pulisic telah melakukan enam penampilan dalam semua kejohanan dan dia masih belum membuka akaun jaringan bersama Chelsea yang kini menduduki tangga keenam, ketinggalan enam mata dengan pendahulu, Liverpool.

Advertisement

Must Watch Video