Skip to main content

Bola Sepak

Pulisic berjaya tarik perhatian Lampard

frank-lampard__1.jpg
Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard, kagum dengan persembahan Christian Pulisic selepas dia menyerlah ketika meraih kemenangan 5-3 dalam aksi persahabatan berdepan Salzburg, semalam.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu berada dalam tahap terbaik ketika beraksi pada 45 minit pertama permainan, meledak dua gol dan memenangi satu sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ross Barkley.

Kepantasan Pulisic dan ketenangan dalam kotak penalti membenarkannya menyerlah dan Lampard mengagumi persembahan bekas penyerang Borussia Dortmund itu.

"Saya sangat teruja dengan gayanya menyempurnakan jaringan," kata Lampard.

"Sebagai pemain sayap saingan Liga Perdana Inggeris, dia perlu menyesuaikan diri dengan liga itu.

"Dia masih muda dan berpotensi besar, saya gembira dengannya.

Pedro melakukan flik untuk meledak jaringan keempat The Blues sebelum Michy Batshuayi melengkapkan kemenangan Chelsea.

Tetapi Salzburg turut menemui peluang menjaringkan tiga gol dalam separuh masa kedua hasil daripada kegoyahan barisan pertahanan Chelsea.

Lampard mengakui bimbang dengan corak bertahan pasukannya ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal bermula tidak lagi.

"Kami mahu mengelak daripada dibolosi dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu ketika bertahan," tambahnya.

"Kami akan membincangkannya bagi mengelak kesilapan sama daripada berulang."

Chelsea akan menamatkan saingan pra-musim berdepan Borussia Monchengladbach, Sabtu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video