Selangor dan Pulau Pinang tiada masalah menyambut saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk melepaskan pemain masing-masing bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pengurus Selangor, Abdul Rauf Ahmad, berkata pihaknya tidak berdepan halangan melepaskan tiga pemainnya menyertai latihan skuad Sukan SEA yang akan bermula 29 Jun ini.
Cuma yang menjadi kerisauan Rauf ialah pusingan Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun pada 19 hingga 23 Julai ini yang bertembung dengan jadual Liga Super.
Justeru, dia menyambut baik jika ada sebarang cadangan penangguhan jadual perlawanan pada tarikh terbabit.
"Kami memang agak terkejut kerana kami ada pemain yang sedang beraksi dan menjadi tonggak pasukan. Tetapi kami akan menanti keputusan sebelum melepaskan pemain-pemain ini," jelasnya.
Sementara itu, pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, menyifatkan biarpun ketiga-tiga pemain yang dipanggil cukup penting kepada pasukan, dia menganggap panggilan skuad negara adalah lebih utama.
Dia akur dengan harapan Tunku Ismail yang mahu skuad negara membariskan barisan terbaik untuk menghadapi kejohanan dwitahunan itu.
"Tanggungjawab untuk skuad kebangsaan harus diutamakan.
"FAM bersama-sama setiap kelab dan persatuan negeri perlulah berbincang mengenai perkara ini kerana masing-masing memiliki pemain-pemain yang penting.
"Tetapi saya yakin mereka akan mencapai kata sepakat untuk kebaikan bola sepak tanah air," kata Zainal.