Skip to main content

Bola Sepak

Pulau Pinang dipotong enam mata, gagal ke Liga Super

aguero-penang.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa pasukan Pulau Pinang terpaksa dipotong enam mata secara serta merta dalam saingan Liga Perdana, sekali gus meragut hasrat skuad Harimau Kumbang itu ke Liga Super musim depan.

Semalam, skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid itu meraikan kejayaan berganda selepas menundukkan PDRM FA 2-1 di tempat lawan sehingga meletakkan mereka di tangga ketiga liga dan melayakkan diri ke Liga Super buat kali pertama sejak 2017.

Bagaimanapun, tempoh gembira buat pasukan Harimau Kumbang itu hanya bertahan tidak sampai 24 jam susulan FAM mengumumkan hukuman pemotongan empat mata daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus meletakkan mereka jatuh ke tangga ketujuh liga.

Hukuman itu diberikan susulan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo, yang beraksi bersama pasukan itu selama tiga musim dari 2015 hingga 2017.

Pemotongan mata itu bermakna PDRM, yang sebelum ini menduduki tangga keempat, akan mengiringi juara Liga Perdana musim ini, Sabah, ke Liga Super bagi kempen 2020.

Kredit foto: MFL

Advertisement

Must Watch Video