Virgil van Dijk akan kembali pulih bagi menghadapi aksi pembukaan musim hadapan dan pengendali Southampton, Claude Puel, berharap kapten pasukannya akan kekal bersama The Saints.
Chelsea, Manchester United dan Liverpool adalah antara kelab yang berminat mendapatkan pertahanan tersebut.
Southampton menegaskan bahawa mereka tidak mahu menjual Van Dijk dan Puel yakin pemain kebangsaan Belanda itu akan kekal bersama kelab selepas pulih daripada kecederaan yang memaksanya berehat sejak Januari lalu.
"Ia merupakan satu kecederaan serius dan tiba pada masa yang tidak sesuai," kata Puel.
"Sukar untuk menerima apabila Jose Fonte mengambil keputusan berhijrah ke West Ham pada waktu yang sama Van Dijk mengalami kecederaan.
"Tetapi segala-galanya sudah kembali baik. Pembedahannya berjalan lancar, dia mampu berjalan seperti biasa dan dia telah mula menjalani latihan dan bakal beraksi pada pembukaan musim hadapan.
"Dia adalah kapten kami. Van Dijk adalah pemain yang penting buat kami. Dia memiliki kontrak jangka panjang bersama Southampton."