Pengurus Southampton, Claude Puel, gembira pulang dengan "mata berharga" ketika pasukannya seri 0-0 di Hapoel Be'er Sheva, dalam Liga Europa.
The Saints telah melalui empat perlawanan dengan kemenangan, tetapi gagal untuk meneruskannya apabila berhadapan dengan pasukan tuan rumah yang cukup berkeyakinan rentetan daripada kemenangan ke atas Inter Milan sebelum ini.
Bagaimanapun, rekod lima perlawanan berturut-turut tanpa bolos, menyaksikan skuad bimbingan Puel tidak pulang dengan tangan kosong, dan dia gembira dengan prestasi baik yang telah ditampilkan oleh anak-anak buahnya yang telah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan K.
"Saya berasakan ia adalah mata yang berharga kerana kami bermain dengan pasukan yang baik, mereka memiliki fizikal dan teknikal permainan yang cukup baik," katanya daripada petikan di laman web rasmi kelab itu.
"Ia adalah penting untuk kembali dengan satu mata apabila kami tidak boleh mendapatkan tiga mata dalam perlawanan.
"Kami tidak dapat mencari jaringan atau mempunyai peluang yang baik tetapi kami meraih mata ketika menentang pasukan yang hebat. Ia bukan satu kejutan apabila mereka menewaskan Inter Milan.
"Kami boleh melihat perpaduan di antara pemain untuk mendapatkan keputusan itu kerana ia merupakan satu perlawanan yang sangat sukar, dengan perjalanan yang panjang dan kami kini sedang bersedia untuk pertembungan dengan Leicester dalam masa dua hari."