Skip to main content

Bola Sepak

Puasa beri kelebihan untuk tingkat prestasi pemain -- Vingada

31517vingada.jpg
Jurulatih negara, Nelo Vingada, tidak berdepan masalah memberi kebebasan kepada pemain menjalani ibadah puasa, malah beliau menyifatkan amalan itu ada kelebihan tersendiri dalam meningkatkan prestasi seseorang pemain.

Pengalaman bekerja di Iran, Jordan, Arab Saudi dan Mesir memudahkan Vingada memahami kepentingan bulan Ramadan kepada umat Islam.

Situasi tersebut bukanlah sesuatu yang asing buat Vingada yang menghormati agama serta budaya negara ini.

Dalam masa sama, beliau yakin pemain negara sudah mengetahui untuk menjaga amalan pemakanan bagi memastikan kecergasan di tahap terbaik.

"Terdapat kelebihan buat pemain-pemain yang menjalani ibadah puasa bagi meningkatkan prestasi mereka. Ia tidak menjejaskan persiapan mereka dan saya amat menghormati amalan ini," kata Vingada.

Selepas dua hari menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor, Vingada ternyata berpuas hati dengan tahap kemudahan yang dilabel antara terbaik di Asia.

Beliau berharap lebih banyak pasukan negeri atau kelab di negara ini mampu membina kemudahan sama untuk mempertingkat mutu bola sepak negara secara menyeluruh.

"Venue latihan di Johor memiliki padang tulen dan tiruan yang sangat bagus dan ia dilihat antara yang berkualiti di rantau Asia."

Advertisement

Must Watch Video