Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

PSM pastikan padang itu bersedia untuk Harimau Malaya lawan Oman.. -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bukit-jalil_1.jpg
Umum mengetahui Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dilihat agak kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalik (SNBJ) yang akan digunakan untuk perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ 2027 Piala Asia menentang Oman pada 26 Mac.

Pan Gon menyatakan kerisauan beliau dengan keadaan padang SNBJ itu selepas melakukan pemeriksaan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac, dan kakitangan kejurulatihannya, semalam.

“Bagaimanapun kakitangan teknikal di stadium itu berkata mereka yakin bahawa padang itu akan berada dalam keadaan baik, menjelang  26 Mac.

Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari berjaya mendapatkan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan ini adalah jawapannya: 
"Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan memastikan padang itu bersedia untuk Harimau Malaya apabila mereka melawan Oman nanti.

"Seperti yang saya nyatakan Stadium Nasional Bukit Jalil komited kepada pasukan Harimau Malaya dan itu adalah semua usaha yang telah dilakukan dalam beberapa minggu ini," ujarnya lagi.

Perkembangan lanjut  dalam Nadi Weeked, 7.30 malam  ini. 

Advertisement

Must Watch Video