BOLA SEPAK
PSG terus bungkam di bawah Emery
Permulaan hambar Paris Saint-Germain di bawah kendalian Unai Emery berterusan apabila mereka tewas 2-0 kepada Toulouse, awal pagi tadi.
Serge Aurier dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua, bek kanan itu melakukan kekasaran ke atas bekas rakan sepasukannya, Ola Toivonen.
Yann Bodiger meletakkan skuad bimbingan Pascal Dupraz di hadapan menerusi sepakan penalti di samping penjaga gol, Alban Lafont, yang perlu diberikan pujian kerana berjaya menidakkan beberapa percubaan Edinson Cavani pada separuh masa pertama.
Iklan
PSG cuba untuk mencari gol penyamaan tetapi Toulouse menggunakan kelebihan pemain sebaik mungkin, dengan Jimmy Durmaz meledak gol kedua perlawanan.
Kejayaan ini menyaksikan Toulouse memintas juara bertahan itu untuk berada di tangga kedua manakala PSG kini telah tewas dalam dua perlawanan, menyamai kekalahan mereka pada musim lepas.
PSG menguji pasukan tuan rumah seawal minit ke-10, namun penjaga gol, Lafont, berjaya mematahkan usaha Cavani, yang telah meledak enam gol dalam tiga perlawanan.
Pemain pinjaman PSG, Odsonne Edouard, berpeluang untuk menghukum PSG, namun tandukan pemain berusia 18 tahun itu sekadar melewati palang gol.
Bersambung pada babak kedua perlawanan, Aurier telah dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan kekasaran ke atas Toivonen di dalam kotak penalti dan Bodiger menyempurnakan sepakan penalti.
Emery menurunkan Javier Pastore untuk membantu pasukan mencari gol penyamaantetapi Toulouse yang memiliki peluang lebih baik, dengan Durmaz meledak gol kedua perlawanan untuk memastikan kemenangan pertama mereka ke atas skuad Parisian itu sejak 2009.
Must-Watch Video



