Youri Djorkaeff berkata perubahan perlu dilakukan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) selepas berakhirnya kempen "paling gila" musim ini.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu goyah pada penghujung saingan sekalipun masih menguasai Ligue 1 tetapi terlepas trofi Coupe de France kepada Rennes menerusi penentuan penalti biarpun mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama.
PSG juga gagal mengekalkan gelaran Coupe de la Ligue apabila terkandas dalam suku akhir kepada Guingamp yang kemudian tergelincir daripada saingan Ligue 1 selain tersungkur kepada Manchester United di peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL).
Spekulasi terus menyelubungi Neymar yang dikhabarkan mahu angkat kaki dari ibu kota Perancis itu manakala penggempur, Edinson Cavani, dilaporkan menjadi sasaran Atletico Madrid.
Selepas dilanda satu lagi kekecewaan di Eropah, Djorkaeff -- yang mewakili kelab itu pada musim 1995 dengan memenangi Piala Juara-Juara -- menganggap musim panas ini sebagai mustahak buat gergasi Ligue 1 itu.
Djorkaeff, yang ditemui sempena Jelajah Trofi Liga Europa, memberitahu Omnisport: "Beberapa perubahan harus dilakukan. Persoalan utama saya, siapakah yang akan berada di PSG dan apa yang mereka lakukan di sana.
"Saya bercakap tentang pemain, pengiring dan kakitangan pasukan. Di tahap tertentu, anda memerlukan orang yang mahu kekal dan membantu kelab untuk meningkat. Apabila soalan ini terjawab, banyak isu akan diperbetulkan."
Kedudukan Tuchel di kelab turut dipersoalkan berikutan prestasi di bawah tahap sebenar PSG dalam UCL.
Bekas pengurus Borussia Dortmund itu melakar kemenangan dalam pertemuan pertama di Old Trafford tetapi mengulangi episod duka dalam kempen sebelumnya apabila gol penalti Marcus Rashford pada penghujung perlawanan memastikan kebangkitan sensasi United.
"Tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana dia adalah yang terbaik dalam liga ini memandangkan PSG tidak terlibat dalam banyak perlawanan getir," kata Djorkaeff merujuk kepada Tuchel, yang pasukannya tewas tiga daripada enam perlawanan terakhir Ligue 1.
"Bukan untuk memperkecilkan Marseille, Lyon mahupun Lille tetapi saingan daripada mereka tidak menggentarkan PSG dan prestasi mereka di Eropah pula tidak bagus. Ia bertukar menjadi penghujung musim yang paling gila. Segala perancangan mereka langsung tidak menjadi. Cara PSG menamatkan musim ini tidak boleh diterima.
"Aspirasi PSG adalah untuk mara ke separuh akhir UCL. Itulah sebabnya tumpuan kita lebih terarah kepada kekurangan, bukannya tentang apa yang mereka miliki.
"Setiap tahun, UCL merupakan proses pembelajaran. Masalah yang dihadapi PSG ketika ini adalah tersangkut di tahap yang sama, mereka membuat kesilapan yang sama.
"Saya fikir mereka yang berada di kelab itu tahu kenapa dan pada suatu hari nanti, mereka perlu mengubah falsafah mereka. Identiti kelab ini perlu didorong agar dapat terus ke hadapan."