Skip to main content

Bola Sepak

PSG perlu simpan Neymar, kata presiden Lyon

neymar.jpg
Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, menyarankan agar Paris Saint-Germain (PSG) melakukan apa sahaja untuk mengekalkan Neymar.

Neymar, 27, dilaporkan bersedia untuk meninggalkan juara Ligue 1 itu untuk kembali ke Barcelona, hanya dua tahun selepas perpindahan termahal dunia bernilai €222 juta (RM1.03 bilion).

Ketika kehadiran bintang Brazil itu mungkin akan memperkuatkan skuad kendalian Thomas Tuchel berkenaan, Aulas berkata mereka perlu mengekalkan penyerang itu.

"Ia amat memalukan untuk Ligue 1 jika pada satu ketika, tawaran hak penyiaran TV perlu disertakan dengan kehadiran Neymar," katanya kepada Le Parisien.

"Dia sebelum ini di Barca.

"Dengan cek yang besar, dia tiba di Paris.

"Saya fikir PSG perlu melakukan apa sahaja untuk mengekalkannya.

"Namun, sebagai presiden OL, saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan," katanya.

Lyon menghadapi rombakan besar menjelang musim baru ini dengan Sylvinho menggantikan Brune Genesioa selaku jurulatih manakala Juninho dilantik sebagai pengarah kesukanan.

Mereka kehilangan Ferland Mendy (Real Madrid), Tanguy Ndombele (Tottenham Hotspur) dan kapten, Nabil Fekir (Real Betis) selepas menamatkan Ligue 1 di tempat ketiga musim lalu.

Aulas berharap pasukannya dapat mengecilkan jurang dengan PSG, namun mereka masih memerlukan masa.

"Dalam tempoh yang sederhana, benar (Lyon boleh menyaingi PSG).

"Kami mahu memainkan peranan. Kami akan teruskan pelaburan.

"Sasarannya adalah untuk menyaingi PSG.

"Namun, tahun pertama akan menjadi paling sukar.

"Anda perlu bersabar.

"Ia merupakan projek untuk tiga ke lima tahun.

"Sebelum itu, ia hanya ilusi.

"Sasarannya ialah pada 2022 dan perbelanjaan di antara kedua-dua kelab perlu berpatutan," katanya.

Lyon akan membuka kempen Ligue 1 dengan bertandang ke Monaco, awal pagi Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video