Jurgen Klopp percaya Paris Saint-Germain (PSG) adalah pasukan pilihan untuk menewaskan Liverpool di Anfield dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL) di samping tidak pasti sama ada Roberto Firmino cergas untuk diturunkan berdepan juara Ligue 1 itu.
Liverpool bermula baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meraih kelima-lima kemenangan setakat ini tetapi Klopp berasakan juara Perancis itu merupakan skuad yang lebih baik dalam saingan UCL.
PSG mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan 17 gol sementara bolos empat daripada lima perlawanan dan Klopp menegaskan kelebihan beraksi di laman sendiri adalah senjata utama pasukannya.
"PSG adalah salah sebuah pasukan pilihan kejohanan ini," katanya. "Bagaimana kami dianggap sebagai pilihan berdepan mereka?
"Setiap orang mengetahui kualiti dimiliki PSG -- mereka membina skuad untuk menjuarai UCL.
"Beraksi di Anfield adalah kelebihan kami. Kami akan berusaha dengan sebaik mungkin.
Klopp mendedahkan Firmino mengalami kecederaan mata ketika Liverpool mengatasi Tottenham 2-1 pada Sabtu lalu dan tidak pasti dapat menurunkannya berdepan PSG.
Pemain kebangsaan Brazil itu menjaringkan gol kedua Liverpool sebelum digantikan pada minit ke-74 selepas bertembung dengan Jan Vertonghen.
"Kami berharap dia dapat diturunkan. Semua orang melihat perlawanan tersebut. Kami sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Ia amat menyakitkan tetapi saya pasti Firmino boleh menghadapinya."
Jika Firmino gagal untuk melepasi ujian kecergasan, Klopp memberikan bayangan bahawa Daniel Sturridge merupakan salah seorang pemain yang bakal beraksi.
"Sturridge akan bersedia untuk diturunkan. Kami memiliki beberapa lagi pilihan seperti Dominic Solanke dan Divock Origi untuk menggantikan Firmino."