Pemain sensasi, Kylian Mbappe, mendakwa bahawa bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), masih belum melunaskan gaji serta bonus bulan April sejak Februari lalu.
Dikatakan pembayaran tersebut tidak dilakukan atas faktor pemain berusia 25 tahun itu tidak menandatangani kontrak baru sekali gus memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain di pasukan lain.
Selepas ini, Mbappe, berkemungkinan akan menyertai salah satu pasukan terhebat dunia, Real Madrid, bagi meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak berpengalaman.
Menurut laporan daripada media tempatan, penglibatan peguam sedang diguna pakai bagi membantu pemain terbaik Piala Dunia 2016 itu mendapatkan haknya sebagai bekas pemain PSG.
Najmi Iman
Thu May 30 2024