Paris Saint-Germain (PSG) melengkapkan perpindahan Pablo Sarabia daripada Sevilla dengan perjanjian selama lima tahun.
Juara Ligue 1 itu dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan €18 juta (RM83.6 juta) untuk menebus klausa pelepasan pemain berusia 27 tahun itu, yang diperkenalkan awal pagi tadi.
Sarabia melalui tempoh cemerlang bersama Sevilla musim ini dengan menghasilkan 12 gol dan 13 bantuan jaringan dalam LaLiga.
Dia dilaporkan enggan melanjutkan kontrak di Ramon Sanzhez Pizjuan, yang menghangatkan spekulasi mengenai masa depannya.
Dia kini akan menyertai Ander Herrera sebagai pemain baru PSG selepas menandatangani kontrak hingga penghujung musim 2023-24.
"Saya amat teruja untuk menyertai Paris Saint-Germain," katanya dalam laman web pasukan.
"Selepas lapan musim dalam LaLiga, menyertai PSG akan memberikan saya peluang untuk mengambil satu lagi langkah penting dalam karier saya.
"Kelab ini telah meraih reputasi yang amat menakjubkan di peringkat antarabangsa dalam beberapa tahun ini dan saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada PSG untuk melalui cabaran lebih besar selepas ini, di Perancis dan di Eropah.
"Saya kini tidak sabar untuk memulakan pengembaraan saya dengan pasukan yang berbakat dan bercita-cita besar ini," katanya.
Sarabia merupakan graduan Akademi Real Madrid, namun gagal mendapat tempat di Santiago Bernabeu.