LIGUE 1
PSG kekurangan pemain -- Tuchel
LILLE 5 PSG 1
Thomas Tuchel berkata Paris Saint-Germain (PSG) kekurangan pemain ketika dia meluahkan kekecewaan selepas pasukan bimbingannya itu diaibkan Lille dengan kekalahan 1-5 dalam saingan Ligue 1 di Stadium Pierre-Mauroy, awal pagi tadi.
PSG berpeluang untuk mengesahkan kejuaraan liga keenam mereka dalam tempoh tujuh musim ini, namun mereka terpaksa menangguhkan keraian itu selepas berdepan kekalahan memalukan di tangan Lille.
Iklan
Lille membenam 10 pemain PSG selepas Juan Bernat -- yang menyamakan kedudukan ekoran jaringan sendiri Thomas Meunier memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah -- diarahkan keluar padang dalam separuh masa pertama.
Nicolas Pepe, Jonathan Bamba, Gabriel dan Jose Fonte menjaringkan gol yang mengakibatkan PSG buat kali pertama dibolosi sebanyak lima kali dalam saingan Ligue 1 sejak 2000.
Bintang PSG, Kylian Mbappe, berkata pasukannya bermain seperti "pasukan muda", namun Tuchel memberitahu Canal+: "Tidak, ia terlalu mudah untuk berkata seperti Mbappe bahawa kami kekurangan perwatakan, keadaan kini masih terkawal.
"Kami bermula dengan baik dalam perlawanan ini, dengan empat gol, dua daripada kami dan dua lagi ofsaid.
"Mereka tidak memilki peluang dalam babak pertama dan terdapat peluang daripada (Thilo) Kehrer pada permulaan babak kedua.
"Ia menjadi rumit selepas beraksi dengan 10 pemain.
"Kami beraksi dengan pemain yang tidak cegas, mereka sepatutnya tidak boleh diturunkan.
"Ia amat mustahil untuk melaluinya dengan 16 pemain.
"Kekalahan ini menunjukkan sesuatu yang berbeza.
"Kami kekurangan pemain setiap kali beraksi.
"Sebaliknya, permainan ini menunjukkan mentaliti kami.
"Ia bertentangan dengan apa yang difikirkan semua pihak.
"Untuk menang di sini, kami memerlukan lebih kualiti.
"Dengan keadaan seperti ini, kami bermain dengan baik.
"Saya perlu melindungi 10 pemain saya dan ia menjadi semakin sukar.
"Kemenangan di Nantes? Saya tidak fikir kami dapat melakukannya.
"Kami mungkin akan melalui perlawanan itu dengan 13 pemain.
"Perlawanan malam ini telah membuktikan usaha keras yang kami lakukan sepanjang musim ini.
"Paris kekurangan pemain.
"Benar, kami kehilangan Lass Diarra dan Adrien Rabiot
"Semua tahu perkara itu. Saya akan berbincang dengan presiden.
"Benar, tiada sesiapa memperkatakan perkara itu sebelum ini kerana kami sentiasa menang.
"Kini, mereka semua perlu mula berfikir," katanya.
Must-Watch Video