Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo, mengecam sikap berat sebelah pengadil, Mikael Lesage, dalam kekalahan 1-3 di Nantes untuk kekalahan kedua Ligue 1 musim ini.
PSG ketinggalan 0-3 dalam babak pertama yang menarik dan kedua-dua pasukan dihadiahkan sepakan penalti yang menyaksikan Ludovic Blas menjaringkan gol daripada situasi itu buat tuan rumah sebelum kegagalan Neymar dalam separuh masa kedua menyekat potensi kebangkitan daripada pelawat.
Sementara itu, kad merah pertahanan tuan rumah, Dennis Appiah, dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) sebelum dia bernasib baik mengelak mengutip kad kuning kedua apabila memberikan sepakan penalti PSG, malah pelawat berang dengan kekasaran Nicolas Pallois ke atas Kylian Mbappe.
Bercakap kepada Canal+ selepas perlawanan, Leonardo mengakui pendahulu liga Perancis itu tidak beraksi dengan baik tetapi tidak berpuas hati dengan pengadil.
“Ia adalah satu perlawanan yang sukar untuk kami,” kata bekas bintang Brazil itu.

"Selepas perlawanan Liga Juara-Juara, kami sedar kami adalah pasukan yang perlu ditewaskan. Kami melepaskan dua gol mudah dan ia memang patut.
"Tetapi selepas itu, semua pengadil menentang kami. Mereka baru mengumumkan satu minit masa tambahan (di penghujung separuh masa pertama) tetapi empat minit kemudian memberikan sepakan penalti kepada Nantes.
"Saya rasa ada desakan untuk menyekat kami. Pengadil tidak meniup wisel (ketika kekasaran Pallois). Kami berrisiko kehilangan pemain selama tiga bulan akibat kecederaan.
"Selepas itu, Appiah menghadiah sepakan penalti tetapi dia terlepas dikenakan kad kuning kedua.
"Perlawanan ini di luar kawalan kami dan juga untuk Nantes, ia benar-benar di luar kawalan."