Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan kehadiran pertahanan, Abdou Diallo, daripada Borussia Dortmund menerusi yuran perpindahan bernilai EUR32 juta (RM147 juta).
Diallo menyertai Dortmund daripada pesaing Bundesliga, Mainz, pada Jun 2018 dan tampil cemerlang di Signal Iduna Park dengan melakukan 28 penampilan liga.
Namun, memandangkan Mats Hummels telah pulang ke Dortmund daripada Bayern Munich, Diallo dibenarkan untuk berhijrah sambil Thomas Tuchel bersetuju untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu daripada bekas majikannya itu.
Pemain dari Perancis itu, yang lahir daripada akademi di Monaco dan mampu beraksi selaku bek tengah dan tepi, kini bersetuju dengan kontrak lima tahun di Parc Des Princes.
"Satu penghormatan untuk berada bersama kelab berprestij seperti PSG," kata Diallo.
"Saya sentiasa berkata projek Parisian adalah sesuatu yang menarik. Menyertai kelab di ibu negara merupakan satu batu loncatan dalam karier saya.
"Saya sedia memberikan segalanya buat kelab baru dan mahu mempamerkan kualiti serta keinginan berdasarkan kehendak tinggi pasukan."