BOLA SEPAK
Projek Ramadhan 2025: Wira Harimau Malaya Sukan Olimpik Munich kini hanya bergantung kepada susu
Bulan Ramadan hadir dengan keberkatan dan tahun ini, Projek Ramadan 2025 diteruskan dengan misi membantu bekas pemain bola sepak Olimpik negara, Zulkifli Norbit, yang pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik Munich 1972.
Siapa yang tidak kenal dengan Zulkifli Norbit? Nama yang pernah menggegarkan arena bola sepak tanah air yang kini terlantar sakit akibat serangan strok dan hanya mampu bergantung kepada jagaan penuh kasih sayang daripada isterinya, Awiah Osman.
Bagi Awiah, ujian ini diterima dengan penuh reda. Segala aktivitinya terpaksa dihentikan demi menjaga suami tercinta yang kini hanya bergantung kepada susu sebagai sumber makanan.
Iklan
"Saya terpaksa reda dengan apa yang Allah berikan.
"Saya menjaganya dengan sebaik mungkin.
"Dia sudah tidak boleh makan, hanya bergantung kepada susu.
"Saya juga terpaksa menghentikan segala aktiviti, termasuk menghadiri perjumpaan tahunan bersama rakan-rakan lama," luah Awiah.
Anak perempuan mereka turut memainkan peranan penting dalam menjaga Zulkifli, namun Awiah tetap menjadi tulang belakang utama.
"Setiap hari saya berdoa kepada Allah, jika tiba masanya untuk salah seorang daripada kami pergi, biarlah saya pergi kemudian.
"Jika saya tiada, siapa yang akan menjaganya? Anak-anak semua bekerja," tambahnya.
Semoga Ramadan tahun ini membawa sinar harapan buat Zulkifli dan keluarganya.
Must-Watch Video