Skip to main content

Bola Sepak

Projek Lopetegui ke atas Bale baru bermula

gareth-bale-cropped_1alee1hiuvp711xe2smeq7w31l.jpg
Julen Lopetegui yakin Gareth Bale dan Karim Benzema bersedia untuk menikmati kempen produktif untuk Real Madrid tanpa Cristiano Ronaldo.

Bale telah bergelut dengan tempoh bermain yang tidak konsisten akibat masalah kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi mengetuai dari depan ketika musim pra-musim mengagumkan di Madrid, dengan menjaringkan gol dalam setiap satu daripada tiga perlawanan terakhir pasukan.

Dan pemain Wales berusia 29 tahun itu kini berada di bawah tekanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo, yang menandatangani kontrak bersama Juventus bulan lalu.

"Saya tidak akan bercakap tentang musim lalu," kata jurulatih, Lopetegui, dalam sidang media selepas Bale membantu kemenangan 3-1 mereka ke atas AC Milan dalam perlawanan persahabatan di Santiago Bernabeu, awal hari ini.

"Bale yang kini komited, mahu mempunyai musim yang hebat, dia berlatih dengan baik dan kami sangat gembira dengannya, ia hanya baru bermula."

Ketika Madrid memenangi gelaran juara Liga Juara-Juara buat kali ketiga, mereka berhempas-pulas dalam LaLiga, dengan gol Benzema hanya lima kali hadir dalam 32 penampilan liga.

Bagaimanapun, sumbangan kerja pemain berusia 30 tahun itu tetap menjadi aset penting bagi Madrid dan Lopetegui berharap agar mendapat yang terbaik daripada penyerang Perancis itu, yang membuka golnya menentang skuad Rossoneri.

"Dengan Benzema kami gembira," katanya.

"Dia terlatih dengan baik, dia sangat hebat, bersemangat. Semoga dia akan membantu kami dalam semua aspek, bukan hanya dengan golnya. Dia menyumbang banyak kepada pasukan dan kami gembira dengan apa yang dilakukannya."

Dani Ceballos, Sergio Reguilon, Vinicius Junior dan Federico Valverde adalah antara pendatang baru yang baik diperkenalkan dari bangku simpanan berdepan Milan, yang merangsang aspek pemilihan buat Lopetegui. 
 
"Kami gembira dengan semua pemain muda yang ada di sini," katanya.

"Mereka telah memainkan pra-musim yang sangat baik. Sumbangan pemain muda memberi tenaga dan Real Madrid memerlukan remaja dan semangat.

"Masih ada aksi pra-musim untuk ditamatkan skuad dan kami akan buat keputusan."
 

Advertisement

Must Watch Video