Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Program perekonomian tunjang perniagaan Kedah

daud.jpg
Perlawanan Liga Super sudah memasuki minggu ketiga namun, pasukan Kedah Darul Aman (KDA) masih bergelut dengan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi seluruh pasukan.

Pemilik majoriti, Tan Sri Mohd Daud Bakar, memperkenalkan pelan kontingensi untuk memantapkan sumber pendapatan melalui pengumuman peluncuran program perekonomian yang berlangsung semalam.

Langkah tersebut merupakan kolaborasi bersama rakang kongsi KDA dalam mendapatkan keuntungan demi kelestarian Sang Kenari.

Empat syarikat ternama seperti GTR Burger, SBP Health dan e-Desa dan juga syarikat Telekomunikasi XOX akan bekerjasama bagi menghasilkan sumber positif buat pasukan yang berpangkalan di utara tanah air itu.

"Pasukan Kedah akan membina jaringan perniagaan tersendiri di bawah seliaan pengurusan Kedah yang bersifat holistik kepada semua orang. Kami memerlukan sokongan peminat tempatan bagi membantu kami menjayakan pelaksanaan ini bagi tujuan membina pasukan Kedah," kata pemilik KDA itu.

Perkara ini bukan hanya dapat membantu pasukan tetapi juga merancakkan lagi industri bola sepak di Kedah sekali gus membantu usahawan-usahawan tempatan di negeri jelapang padi itu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video