Skip to main content

Bola Sepak

Produk Arsenal jadi pemain naturalisasi pertama China

yennaris.jpg
Pemain kelahiran England dan Akademi Arsenal, Nico Yennaris, akan menjadi pemain naturalisasi pertama skuad kebangsaan China selepas dipilih untuk mewakili pasukan itu dalam perlawanan persahabatan yang akan tiba.

Pemain tengah Beijing Guoan berusia 26 tahun itu, yang dikenali sebagai Li Ke di China, telah disenaraikan oleh ketua jurulatih, Marcello Lippi, untuk membarisi pasukannya sejak pengendali itu kembali ke pangkuan pasukan berkenaan, Januari lalu.

Yennaris mungkin dapat melakukan penampilan pertamanya ketika berdepan Filipina, Jumaat depan atau sewaktu menentang Tajikistan, empat hari selepas itu.

Terdapat laporan mendakwa kepulangan Lippi ke pasukan itu membuka peluang untuk memulakan proses naturalisasi dalam skuad kebangsaan China bagi meningkatkan keupayaan pasukan itu di peringkat antarabangsa.

Yennaris merupakan pemain pertama yang memecahkan kebiasaan itu selepas bekas pemain Brentford berkenaan melupuskan pasport United Kingdom miliknya demi menjadi warga negara China sejak menyertai Beijing Guoan, Januari lalu.

Media tempatan turut melaporkan tiga pemain kelahiran Brazil, iaitu Elkeson, Alex Teixeira dan Ricardo Goulart, akan menyertai Yennaris selepas permohonan untuk mendapatkan dua kewarganegaraan diluluskan memandangkan mereka telah bermastautin selama lima tahun di China.

Advertisement

Must Watch Video