Josip Ilicic berkata prestasinya semakin meningkat dengan usianya selepas menjaringkan empat gol ketika membantu Atalanta mengejutkan Valencia dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Kecemerlangannya itu membantu Atalanta menewaskan Valencia 4-3 di gelanggang lawan untuk ke suku akhir dengan agregat 8-4.
Penyerang berusia 32 tahun itu menjadi pemain paling tua menjaringkan hatrik di gelanggang lawan dalam sejarah Liga Juara-Juara untuk wakil Serie A berkenaan buat kali pertamanya melangkah ke suku akhir kejohanan peringkat Eropah.
Pemain veteran berbangsa Slovenia itu turut menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol di gelanggang lawan dalam pusingan kalah mati kejohanan berkenaan.
"Atalanta bukan lagi satu kejutan. Kami mahu melakukan perkara hebat dan meneruskannya," kata Ilicic, yang turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan pertama.
"Kami mahu membuktikan yang kami layak untuk berada di sini dengan mempamerkan peningkatan dari hari ke hari.
"Saya meningkat dengan usia saya, saya seronok dan mahu terus meningkat," katanya.
Atalanta mempamerkan aksi memberangsangkan musim ini dengan skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu telah menjaringkan 70 gol untuk menduduki tangga keempat Serie A.
Mereka juga menjaringkan 16 gol sepanjang perjalanan menuju ke suku akhir Liga Juara-Juara.

32y 41d - Atalanta's Josip Iličić has become the oldest player to score an away Champions League hat-trick, aged 32 years and 41 days. Evergreen. pic.twitter.com/1aOlKQxpfn
— OptaJoe (@OptaJoe) March 10, 2020
"Atalanta bukan lagi satu kejutan. Kami mahu melakukan perkara hebat dan meneruskannya," kata Ilicic, yang turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan pertama.
"Kami mahu membuktikan yang kami layak untuk berada di sini dengan mempamerkan peningkatan dari hari ke hari.
"Saya meningkat dengan usia saya, saya seronok dan mahu terus meningkat," katanya.
Atalanta mempamerkan aksi memberangsangkan musim ini dengan skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu telah menjaringkan 70 gol untuk menduduki tangga keempat Serie A.
Mereka juga menjaringkan 16 gol sepanjang perjalanan menuju ke suku akhir Liga Juara-Juara.
??? FOUR-GOAL HERO ➕ #UCLMOTM
— Atalanta B.C. (@Atalanta_BC) March 10, 2020
⚽️⚽️⚽️⚽️
WHAT ELSE? ?#VCFAtalanta #UCL #Iličić #GoAtalantaGo ⚫️? pic.twitter.com/D1a7upiY2x