Sumali menjadi pilihan untuk menggalas tanggungjawab Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) selepas Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halem Kader, tampak cenderung memilihnya untuk mengetuai badan induk sepak takraw dunia itu.
"Apabila sampai masanya nanti, apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) diadakan barulah saya berfikir yang lebih mendalam.
"Ini bola sepak dunia, banyak perkara yang kena difikirkan terutama daripada segi komitmen.
"Komitmen saya untuk sepak takraw di Malaysia ini terlampau banyak untuk dibuat lagi. Walaupun sudah mencapai tahap yang bangga, tapi saya nak buat lagi terutama peringkat akar umbi.
"Buat masa ini saya fokus kepada sepak takraw di Malaysia terlebih dahulu," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Sumali bakal menjadi presiden pertama melayu dari Malaysia andai diangkat sebagai presiden ISTAF yang sebelum ini dipimpin oleh Charouck Arirachakaran dari Thailand sejak 1988.
Charouck meninggal dunia pada Ogos tahun lalu dan jawatan presiden ISTAF kini dipangku rakan senegaranya, Boonchai Lorhpipat.
Pemilihan pucuk pimpinan baru hanya akan dibuat dalam AGM pada 2026 kecuali ISTAF mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang membolehkan pemilihan diadakan pada bila-bila masa.
Sumali yang turut memegang jawatan naib presiden ISTAF mengakui tidak pernah menawarkan diri bertanding jawatan untuk merebut jawatan itu sambil menegaskan fokusnya kini adalah memperkasakan sepak takraw tanah air.
Datuk Mohd Sumali Reduan calon terbaik jadi Presiden ISTAF. - Datuk Abdul Halim Kader. @ASTROARENA pic.twitter.com/NddAlieP3w
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 17, 2024
"Jika Sumali layak menjadi presiden ISTAF, kami tidak teragak-agak membolehkan Sumali sebagai calon presiden ISTAF dan sudah tentu mendapat sokongan daripada rakan-rakan kami yang sekarang bekerja dengan Sumali.
"Tiada sebab dia tidak boleh menjadi calon presiden ISTAF," kata Halem berkata demikian dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini yang turut melibatkan perincian mengenai Piala Asia, Mei tahun depan.
Stadium Titiwangsa diumumkan sebagai venue kejohanan dengan 16 pasukan terbaik di rantau ini bakal mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan itu.