Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Terengganu raih kemenangan tipis atasi Sri Pahang

terengganu.jpg
Terengganu meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Sri Pahang dalam perlawanan pramusim di Stadium Temerloh sebentar tadi.

Perlawanan kali ini juga menguji mental pemain kedua-dua pasukan dengan pelaksanaan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Pemain import, Nurillo Tukhtasinov, muncul penjaring tunggal dalam perlawanan itu selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82.
 
Ia selepas pengadil perlawanan, melakukan semakan VAR, yang mendapati pertahanan Sri Pahang, melakukan kekasaran terhadap pemain Terengganu dalam kawasan penalti dan kesempatan itu tidak disia-siakan Nurillo untuk menjaringkan gol kemenangan buat Skuad Sang Penyu.



 

Advertisement

Must Watch Video