Pramusim: Selangor tawan Perak di Ipoh

Saufi Tahir
April 20, 2024 14:59 MYT
Selangor FC meneruskan langkah kanan dalam perlawanan persahabatan pramusim mereka selepas menang 3-2 berdepan Perak FC di Stadium Perak, sebentar tadi.
Perak mendahului permainan dalam separuh masa pertama menerusi jaringan pemain berpenggalaman, Wan Zack Haikal dan pada separuh masa kedua melalui Lee Tae-min.
Dalam separuh masa kedua Selangor dilihat mula mengawal perlawanan dengan dua jaringan gol hadir menerusi Alvin Fortes, Faisal Halim dan Yohandry Orozco.
Selangor bakal mengikuti Kejohanan Selangor Asia Chellenge (SAC) melibatkan tiga pasukan dari Asia Tenggara di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini.
#Selangor #Perak #pramusim