Selangor melakar kemenangan besar berdepan kelab dari Singapura, Geylang International FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kelab dari Lembah Klang itu mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama menerusi dua jaringan daripada Mukhairi Ajmal dan satu lagi jaringan Alvin Fortes.

Selangor terus menambah jaringan dalam separuh masa kedua melalui Yohandry Orozco, Danial Asri, Harith Haikal dan Alvin Fortes sekali lagi meledak untuk membawa kemenangan bersih 7-0.




Pemain import baru The Red Giants musim ini, Alvin Fortes, mencuri perhatian selepas konsisten meledak gol dalam empat perlawanan terakhir bersama Selangor.

Selangor akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2024 bertemu juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim, minggu depan.