Skip to main content

Bola Sepak

Postecoglou akui gol Liverpool memang sah

postecoglou.jpg
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, mengakui Liverpool dinafikan gol yang sah dalam perlawanan hujung minggu lalu, namun bertindak mempertahankan pengendali video bantuan pengadil (VAR), Darren England.

Spurs mencetak kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool hujung minggu lalu tetapi keputusan itu diselubungi kontroversi selepas percubaan Luis Diaz pada minit ke-34 dibatalkan kerana ofsaid.

Insiden itu telah dikaji semula tetapi kesilapan pengendali VAR itu membayangi keputusan di atas padang dengan memberitahu pengadil utama, Simon Hooper, bahawa semakan telah dibuat sebelum Tottenham menyambung semula permainan di kedudukan 0-0 .

The Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) yang bertanggungjawab kemudiannya mengakui ia adalah "kesilapan manusia" dengan mengeluarkan rakaman perbualannya minggu ini, manakala pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mencadangkan perlawanan itu perlu diadakan semula walaupun sedar ia tidak adalah mustahil. 

Menjelang kunjungan ke Luton malam ini, Postecoglou berkata: “Hakikatnya gol yang dijaringkan Liverpool itu sah tetapi tidak diiktiraf. 

"Anda menyedari gol itu tidak diberikan jadi ia perkara pertama yang kami persoalkan: jelas ada sesuatu telah rosak.

 

“Ia cukup jelas ia bukan mengenai isu integriti, ia bukan penyelewengan undang-undang, ia adalah kesilapan dalam komunikasi, satu kesilapan yang merugikan Liverpool.



“Saya mendapati ia sesuatu yang luar biasa kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi pada masa yang sama kita berada dalam era teknologi baru, dan saya fikir lambat-laun ia akan berlaku untuk kita menemui cara menangani perkara sebegini.”

Advertisement

Must Watch Video