Skip to main content

Bola Sepak

Polis Manjung siasat kejadian penyokong merusuh di Stadium Pangkalan TLDM Lumut

tldm-lumut_1.jpg
Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu siasat kes pergaduhan membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Stadium Pangkalan TLDM Lumut, Isnin lalu.

Tular dalam satu video berdurasi 17 saat berlaku kejadian tolak-menolak di luar pekarangan Stadium TLDM Lumut mengenai seorang penyokong berusia 26 tahun yang merupakan peminat Pasukan Khas Laut (PASKAL) mengalami kecederaan di muka, rusuk kanan, leher kiri dan kepala akibat dipukul beramai-ramai ketika menyaksikan perlawanan bertemu unit Markas Pangkalan TLDM Lumut (MKPL).

Ia dilaporkan berpunca daripada mangsa yang didakwa membuat isyarat jari tengah sebelum dipukul di stadium dalam kejadian pukul 7.15 malam.




Mangsa yang kemudiannya dirawat di Hospital Angkatan Tentera bertindak membuat laporan polis pada jam 12.53 tengah hari esok 

Justeru, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video