Skip to main content

Bola Sepak

Polis Kuala Lumpur sedia banteras ulat tiket

ulatiktet.jpg
Polis Kuala Lumpur menegaskan mereka akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan bagi membanteras ulat tiket bagi perlawanan akhir Piala FA di antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan ulat tiket.

"Ulat tiket akan dikenakan tindakan sewajarnya. Kami ingin menyeru bahawa orang ramai harus memaklumkan kepada kami dan memastikan mereka tidak dapat beroperasi menjual tiket palsu bagi final Piala FA ini," katanya.

Beliau juga menasihatkan penyokong yang akan membanjiri stadium agar tidak menimbulkan kekecohan atau membawa bahan larangan bagi mengelakkan sebarang huru-hara.

Dengan kekuatan 1,375 pegawai dan anggota, polis Kuala Lumpur akan membuat pemeriksaan maksimum ke atas semua penyokong di pintu-pintu masuk stadium.
 

Advertisement

Must Watch Video