Skip to main content

Bola Sepak

Pogba yakin United mampu akhiri saingan EPL di kelompok empat terbaik

pogba-cropped_1ir3bfaz4el68184qx9b5tu387.jpg
Paul Pogba masih belum berputus asa untuk menyaksikan Manchester United menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan menegaskan kepada rakan sepasukannya untuk memberikan yang terbaik dalam baki saingan liga.

United kini menduduki tangga kelima dengan ketinggalan empat mata kepada penghuni tangga ketiga, Manchester City dan Liverpool. 

Bakal berdepan Arsenal dan Tottenham Hotspur dalam saingan EPL, harapan terbaik United untuk kembali beraksi dalam UCL adalah dengan memenangi Liga Europa (UEL).

Bagaimanapun, Pogba memiliki keyakinan bahawa United mampu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

"Kami harus memiliki tahap keyakinan yang tinggi," kata Pogba.

"Untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik, kami perlu memberikan yang terbaik dan kami mahu menjuarai Liga Europa (UEL)."

Advertisement

Must Watch Video