Jose Mourinho menegaskan Paul Pogba tidak terkesan dengan siasatan yang dijalankan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan dengan perpindahan rekod dunia pemain itu ke Manchester United.
Pemain antarabangsa Perancis itu kembali ke Old Trafford daripada Juventus, Ogos tahun lalu, dengan bayaran GBP89 juta (RM501 juta).
Dikhabarkan kandungan dokumen mengenai perpindahan pemain itu telah disebarkan minggu ini dan didapati ejen pemain itu, Mino Raiola, telah mengaut keuntungan sebanyak GBP41 juta (RM230 juta).
FIFA mengesahkan Selasa lalu bahawa maklumat yang bocor itu akan disiasat, namun Mourinho menjelaskan kepada pihak media menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Europa berdepan Celta Vigo bahawa Pogba tidak akan hilang fokus dengan apa yang berlaku.
"Soalannya mudah," katanya. "Ia tidak akan memberi kesan terhadap Paul."
Perpindahan Pogba memadam rekod yang dipegang Gareth Bale, dengan Real Madrid membayar GBP86 juta (RM484 juta) bagi mendapatkan pemain itu daripada Tottenham.